Sunday, June 9, 2013

Coretan Pertama dari 'Tekak Serigala'

Assalamualaikum wa rahmatullah

Ayah tuliskan blog in terutamanya buat anak-anak ayah juga ibu di tanahair tercinta. Lama sudah sebenarnya ayah bercadang untuk menulis blog ini buat anak-anak ayah, untuk ayah menyampaikan pesan juga luahan kerinduan buat kalian. Tapi mungkin kerana kekangan waktu dek kesibukan kerja dan keletihan minda setelah seharian bergelumang dengan tugasan-tugasan penyelidikan ayah membuatkan ayah sering menunda untuk memulakan blog ini.

InsyaAllah, ayah akan cuba menulis sesuatu buat anak-anak kesayangan ayah; Nabeeha, Nazneen dan Yusuf dengan seberapa kerap yang ayah mampu di blog ini. Moga walau kita dipisah oleh jarak beribu batu, blog ini dapat membantu mendekatkan hati-hati kita.

Mungkin Nabeeha dan adik-adik hairan kenapa ayah tulis tajuk entry ni "dari 'Tekak Serigala'"... sebenarnya apartment tempat tinggal ayah di bandaraya Lyon, France ini terletak di kawasan bernama Gorge de Loupe. Maksud nama tu kalau diterjemah ke bahasa melayu ialah 'tekak serigala'. Ayah pun tak tahu kenapa tempat ni dinamakan Gorge de Loupe. InsyaAllah, ayah akan cuba tanya-tanyakan kepada kawan-kawan french ayah tentang nama ni dan akan tulis tentang nama ni kalau ayah dapat jawapan dari mereka nanti.

              Stesen metro Gorge de Loupe, tempat ayah memulakan perjalanan ke tempat kerja setiap hari.  


Apartment ayah ni kecil, tak seluas rumah kita di Kuantan. Cuma ada satu bilik, ruang tamu yang disatukan dengan dapur kecil, WC dan bilik mandi. Landlord apartment ni namanya Pierre-Yves dan isterinya Karen. Pierre-Yves ni orang perancis, berasal dari bandar Brittany di barat-laut negara France ni. Karen pula berasal dari Australia. Alhamdulillah, selama ayah tinggal di apartment ni, mereka sentiasa melayan ayah dengan baik. Apartment ni agak selesa untuk ayah, tapi tidaklah sempurna... terutamanya sebab tak ada anak-anak ayah dan ibu di sini. Ayah selalu rasa kesunyian. Lagi satu masalah di apartment ni ialah warmer dan water-heaternya selalu bermasalah. Semasa musim sejuk yang lepas, ayah selalu kesejukan bila warmer tak berfungsi dengan baik. Tapi alhamdulillah, ayah dapat lalui cabaran musim sejuk dengan tabah.


                     Meja kerja ayah di apartment. Nabeeha perasankan 'standing lamp' sama  macam lampu di apartment kita di Villavagen, Uppsala, Sweden dulu?




1 comment: